Tuesday 19 July 2011

Aku Mahu Mati

HURAIAN HADIS: LARANGAN MEMINTA-MINTA MATI
Hadith:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku.” Riwayat Bukhari dan Muslim
Huraian :
Pengajaran hadith:

i) Seorang mukmin dilarang keras meminta mati kerana bosan dan tidak tahan menanggung sesuatu bencana yang menimpanya; sebaliknya dia mestilah mensifatkan bala bencana yang menimpanya itu sebagai ujian dan menerimanya dengan redha.

ii) Sesungguhnya segala dugaan itu adalah kaffarah (penghapus) dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana tersebut . Oleh itu Allah menyeru kita agar menghadapinya dengan sabar dan akan ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.

iii) Allah S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta bertawakal kepada-Nya dalam segala keadaan.
 Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Jagalah Hatiku


Jangan biarkan hati yang lemah ini bergetar saat kau ucap kata RINDU, takut diri terleka dibuai angan menusuk kalbu. Biarkan hati ini bergetar saat kau melafaz AKAD tika menikahiku, kerana nikmat yang halal itu pasti lebih membahagiakan diriku dan dirimu.. =)

Thursday 14 July 2011

Rahadatul'aisy - Kelapangan Hidup


"
kelapangan terkadang menjeruk rasa.
membuat kita memikirkan apa yang sudah selayaknya kita lupakan.
membuat kita mengenang apa yang sudah sepatutnya kita tinggalkan.
lantas, membuat kita bersedih.
mengisi kelapangan dengan rasa sedih yang pernah kita tinggalkan,
tentunya bukan keputusan yang baik.
ya,
seharusnya kelapangan itu membuat kita sedar,
bahawa kita sebenarnya belum mampu melupakan kesedihan kita.
kita hanya menutupi rasa sedih itu dengan kesibukan demi kesibukan.
kita membungkus rasa sedih itu jauh dalam hati,
menyembunyikannya dari diri sendiri.
biar kelapangan yang ‘mengamit’ kesedihan itu membuat kita sedar,
bahawa kita belum benar - benar melupakan kesedihan itu.
biar kelapangan itu membuka mata kita.
biarkan kelapangan menjadi saksi,
bahawa kita terkadang menjadi pembohong pada diri sendiri.
biar kelapangan menjadi guru,
yang mengajar kita untuk keluar dari kesedihan.
biarkan ia mendidik kita walau dengan kesakitan.
kerana sesungguhnya,
mengisi kelapangan dengan rasa sedih yang pernah kita tinggalkan,
tentunya bukan keputusan yang baik.
"

Please Pray for Me Too


i have no special words to say to you.
i have no special super power that can make you happy.
but my Doa is always for you.
hoping that you can forget all your painful past for the better future of you, InsyaAllah.
no one asks you to forget your past.
but i’m asking you to use your past as…

The Truth of Me


The truth is I still care and always will. I’m not the type of girl to let people walk out of my life and pretend that they don’t matter anymore. I may not like that person anymore or talk to him or her but, I still care. I’m always going to think back to my life and say I wondered what happened to so and so. I hope they’re all right. I will actually mean it. That is the type of person I am. Once you’re in my heart, you’re there forever.

Kau Lelaki Idamanku



KAYA lelaki kerana AKHLAKnya.
TAMPAN lelaki kerana KEJERNIHAN wajah.
MANIS lelaki kerana SENYUMAN indah dengan niat sedekah.
TINGGI lelaki kerana KESEDERHANAAN.
HEBAT lelaki kerana KESABARAN.
Dan MULIA lelaki kerana KEIMANAN yang TEGUH.

Salam Buat Jodohku



Sesuatu yang telah ditakdirkan untukku, pasti akan aku dapat meskipun aku lari darinya, dan sesuatu yang ditakdirkan bukan untukku, pasti aku tidak akan dapat walau aku bersusah payah untuk mendapatkannya..maka, yakinlah dengan takdir Allah =)
 Jika namamu yang tercatat di luh mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita berdua


p/s : Always remember that you can never find a perfect partner to love you the way you wanted, only a person who’s willing to love you more than what you are, someone who’ll accept you for what you can and for what you can’t be. And that’s even better than perfect.


Tuesday 12 July 2011

Wear a Smile



There is always someone who dreams of your smile, and finds in your presence that life is worthwhile, so whenever you’re lonely, remember it’s true, that someone, somewhere is thinking of you. =)

Monday 11 July 2011

Rahsia Al-Fatihah

Al-Fatihah dibaca untuk mendapat barakah Allah di awal majlis, Al-Fatihah juga disedeqahkan kepada orang yang pergi meninggalkan kita. Namun, terdapat banyak fadhilat dan rahsia sunnatullah dalam ummul kitab itu.
antaranya yang akan dibincangkan di bawah.
Rahsia SURAH AL-FATIHAH.
1. Untuk membuat seseorang (suami/isteri, anak-anak) agar senantiasa
mengingati kita.
* Bacalah Surah Al-Fatihah 14 kali sebelum tidur malam.
2. Untuk penyakit yang agak tenat.
* Baca Surah Al-Fatihah 41 kali dan tiup ke dalam air. Minum dan buat mandi
dengan menggunakan air tersebut.
3. Untuk penyakit mental.
* Baca Surah Al-Fatihah 7 kali sambil menggosok kepala orang tersebut
pada waktu pagi dan pada waktu malam, setiap hari tanpa jemu.
4. Bila di dalam kesakitan yang amat sangat,
* Baca Surah Al-Fatihah 3 kali dan tiup ke dalam gelas berisi air dan minum.
Kemudian baca Surah Al-Fatihah sambil menggosok di bahagian yang
sakit itu.
5. Untuk bayi yang selalu menangis terutama pada waktu malam.
* Baca Surah Al-Fatihah 7 kali sambil menggosok kepala bayi itu.
6. Untuk kecederaan seperti luka, disengat lebah, berdarah, jari tersepit pintu.
* Baca Surah Al-Fatihah 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan ambil air liur dari
“langit-langit” dan sapu pada bahagian yang cedera itu.
INSYA’ ALLAH perkara-perkara yang disebutkan di atas berkesan dengan
beberapa syarat:
* Percaya dan yakin bahawa Surah Al-Fatihah adalah “penawar” yang terbaik
untuk segala-segalanya.
* Baca Surah Al-Fatihah dengan khusyuk.
* Tawakal kepada Allah.
* Guna Surah ini hanya untuk niat yang baik.
Fatihah Seribu Faedah
Sesiapa yang mengekalkan membaca Al-Fatihah diantara sembahyang sunat subuh dengan fardhu subuh sebanyak 41 kali tidak ia:
i) Meminta pangkat melainkan ia dapat
ii)Ia miskin melainkan jadi kaya
iii) Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya.
iv) Ia sakit melainkan disembuhkan oleh Allah.
v) Ia lemah melainkan dikuatkan.
vi) Ia berdagang dinegeri orang melainkan dimuliakan orang, dikasehi dan sampai cita-citanya.
Fatihah Mengembalikan Pangkat
Sesiapa yang telah dipecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan ia ingin kembali mendapatkan pangkatnya semula:
Hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 40 kali diantara sunat subuh dan fardhunya selama 40 hari (jangan kurang dari bilangannya dan jangan putus). Insyaallah dikembalikan pangkatnya atau dapat ia menyandang pangkat yang lebih tinggi. PERCAYALAH KEPADA KUDRAT TUHAN.
Fatihah Mendapat Zuriat
Sesiapa yang mandul dan tidak mendapat anak sedangkan ia inginkan anak, amalkan surah Al-Fatihah sebagaimana kaedah dan peraturan ini:
41 kali membaca Fatihah selama 40 hari dengan tidak putus dan tidak kurang. Masanya adalah antara sunat subuh dan fardhunya. Insyaallah akan mendapat ia anak yang soleh dan baik.
Fatihah Sakit Mata
Jika sesiapa yang mengidap sakit mata sama ada lama atau baru, dan diatas apa sifatnya sekalipun, hendaklah ia membaca Fatihah dengan niat meminta:
i) Sembuh penyakit matanya
ii) Pulih pandangannya.
iii) Menurut peraturan yang telah disebutkan diatas iaitu:
41 kali membaca Fatihah selama 40 hari diantara sembahyang sunat subuh dan fardhunya. Insyaallah akan sembuh penyakit mata itu.
Fatihah Di atas Kapas
Sesiapa membaca Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang kudis atau luka atau apa sahaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya dengan izin
Allah.
Wirid Fatihah
Sesiapa yang membaca Fatihah sebanyak 100 kali sehari pada tiap-tiap lepas sembahyang sebanyak 20 kali, akan ia:
i) Dimurahkan rezekinya
ii) Diperbaiki hal ehwalnya
iii) Dibersihkan hatinya
iv) Diangkat darjatnya
v) Dimudahkan pekerjaannya
vi) Dilepaskan ia dari dukacita
vii) Dijauhkan dari mudharat
viii) Diberi ia kerajinan dan semangat
ix) Tidak kecewa
tak) Jauh dari hasutan syaitan
xi) Diilhamkan kepadanya kebajikan
Dinding Dimasa Tidur
Sesiapa membaca Fatihah sekali tatkala meletakkan kepalanya kerana hendak tidur, kemudian ia membaca:
Qul Huwallah Hu Ahad     -     3 kali
Qul A’uzubirabbil falaq        -     1 kali
Qul A’uzubirabbin Nas        -     1 kali
Terselamat ia dari segala kejahatan dan mudharat serta menjadi dinding dari syaitan dan segala makhluk yang akan merasuk dalam masa ia tidur.
sebaik-baik penawar ialah ayat alquran.Namun, berhati-hatilah membaca Al-Fatihah kerana sekiranya salah membacanya maka rosaklah Al-Fatihah itu.
Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.
Nama syaitan
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)
sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KA NAS
6) Iya (disebut tanpa sabdu)
sepatutnya Iyya. Iya bermaksud
‘matahari’
Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya
akan bermaksud “kepada
mataharilah yang kami sembah dan
kepada matahari kami meminta
pertolongan”!!!!
7) SIROTHOLLAZI…………. sehingga
habis hendaklah dibaca
tanpa
henti.
AMIN .hendaklah mengaminkan Al- Fatihah dengan betul iaitu AA…dua harakat, MIN…. 3 harakat, semoga Amin kita
bersamaan dengan Amin malaikat InsyaAllah.
semoga kita menjadiorang yang sentiasa membaiki bacaannya.
Al Fatihah juga boleh dibaca semerta untuk hal-hal seperti meredakan kemarahan seseorang. Niatkan dalam hati untuk sedeqahkan surah itu kepada orang tersebut dan berdoa dengan Allah agar menghilangkan kemarahannya. bacalah Al Fatihah dengan ikhlas, insyaallah orang tersebut tidak marah lagi.
Begitu juga jika mahu suami atau anak ingat dan rindukan kita, sedeqahkanlah surah al-fatihah itu dengan ikhlas atas namanya dan pohon dengan Allah agar dimasukkan rindu dalam ingatan mereka kepada kita.
mudah-mudahan hubungan anak dan ibu serta suami dan isteri semakin kukuh, walaupun begitu, ayatul quran bukanlah digunakan untuk tujuan yang bertentangan dengan syarak .
sumber : Dari Hawa ke Hawa

Sunday 10 July 2011

Hilangnya Cintaku Padamu


Whenever Allah gives a blessing to a servant, and then takes it back from him, and the servant patiently endures his loss, then He rewards him with a blessing which is better than the one which He took back.


p/s : Kebenaran itu lebih luas dari langit yang terbentang. Dan hati yang menerima dengan redha itu lebih kaya dari lautan yang luas... =)

Awak Dah Curi Hati Saya!


Aku cintakan kamu kerana Allah. Maka kau daripada diriku, ku lebihkan. Walaupun itu menuntut serangkai pengorbanan..post title yang sungguh dahsyat dan sangat bermakna buat diriku..hehe..syok sendiri JJJ

Muslimah Solehah


Jangan hanya sujud ke sejadah saat susah.
Jangan hanya mengenal telekung saat sesak.
Jangan hanya memandang qiblat saat payah.
Jangan hanya teringat wudhu’ saat lemas.
Jangan hanya mengenal tasbih saat hanyut.
Jangan hanya memandang alam saat alpa.
Sayang yang tak kelihatan ada pada hati, letaknya iman.
Carilah sayang Agung itu.
Agar sayang tak lagi palsu!



Walaupun kamu melihat kebaikan kamu seperti tidak dibalasi, dan kejahatan-kejahatan yang dilakukan ke atas kamu seperti tidak diperangi, bersangka baiklah kepada Allah dan bersabarlah. Kerana dunia bukan tempat pembalasan yang hakiki..

Saya Sayang Kawan-kawan Saya


Ada masa kita perlu menangis agar kita tahu dunia ini bukan hanya untuk ketawa. Ada masa kita perlu ketawa agar kita tahu betapa bernilainya setitis air mata. Ada masa kita perlu seorang teman agar kita tidak kesunyian. Dan ada masa kesunyian membuatkan kita tidak akan pernah lupa betapa bernilainya seorang teman...

Keikhlasan Hati


Sesungguhnya teman itu wujud dari 1 pertemuan dengan 10 pertanyaan, 100 keyakinan dan seribu pengorbanan serta berjuta perjuangan dengan 1 keikhlasan HATI. Andai seorang teman membuat kebaikan, ukirlah ia di atas batu agar ia tersemat di hati dan kekal sebagai memori terindah. Andainya seorang teman membuat kesalahan, tulislah ia di atas pasir agar ia hilang ditiup angin kemaafan..  

Hatiku kaca


p/s : Hati itu umpama kaca, jangan biar ia retak. Akal itu umpama air, jangan biar ia kering. Iman itu umpama debu, jangan biar ia hilang. Persahabatan itu umpama tali, jangan biar ia putus! O Allah! Controller of the heart, direct our hearts to Your Obedience. Amin...

Saturday 9 July 2011

Tunggu Sekejap


Jika benar CINTA itu kerana ALLAH, maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH. Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan. Serahkan rasa yang belum halal itu pada Yang Memberi dan Memiliki-NYA. Biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..


Let's Learn How to Appreciate What We Already Have


Tired of going to school?
Imagine the children working at the landfill.
Tired of living life?
Imagine a cancer patient struggling to add another day to his life.
Tired of coping for your parents?
Imagine an orphan longing for love.







Nak Tanya Siapa Ni?


Tanya sama iman apa sebab goyang? Nanti jawab iman, ujian yang goncang. Tanya sama ujian, apa sebab kencang? Nanti jawab ujian, tanyalah akal. Akal nanti kata, aku kandung ilmu. Sampai tempat perlu, aku pun seru. Tengok dalam hati, nampak tempat gelap, campak nur hidayah, gelap pun hilang.
 p/s : mesti anda kenal bait-bait ini..lirik lagu Allahyarham P Ramlee yang asal juga boleh dijadikan pedoman.
Lirik asal :
Tanya sama pokok apa sebab goyang? Nanti jawab pokok, angin yang goncang. Tanya sama angin apa sebab kencang? Nanti jawab angin tanyalah awan. Awan nanti kata, aku kandung air. Bila hujan turun, aku pun cair. Tengok dalam kolam, nampak bayang-bayang. Campak satu batu, bayang pun hilang. Jika difikirkan orang yang beriman. Allah yang jadikan, kita tak hairan.
p/s : saya agak lupa lirik lagu beliau..jadi kalau ada yang tak betul tu..harap maklum. Jika teruja, sila Google lah ye... J

I'm Trying My Best


The most important thing to remember in Da’wah :
“Some will. Some won’t. Some wait. So what? Next!” There is no compulsion, our only obligation is to spread the message. “Whomsoever Allah guides, there is none to misguide him. And whomsoever Allah allows to stray, there is no guidance for him.”

Saat diri terluka, dendam pula menyapa



Ya Allah, jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah.
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya.
Tidak pernah putus asa  pada perjuangan dakwah baginda.
Anak yang semulia peribadi baginda.
Tangannyalah yang membersihkan luka.
Tangannya jua yang membersihkan cela.
Pada jasad Rasulullah tercinta.
Gagahnya dirinya pada dugaan.
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka, dendam pula menyapa.
Saat disakiti, maki pula mengganti.
Ya Rabbi, teguhkan hatiku sepertinya.


Forget The Past and Move On


So love the people who treat you right, forget about the ones who don’t, and believe that everything happens for a reason. If you get a chance, take it, if it changes your life, let it. Nobody said that it’d be easy, they just promised it would be worth it.
p/s : still single? Well Allah is looking at you right now and saying : I am saving this person for someone special. Remember, each day is a gift from Allah.

Aku Mohon CintaMu


Jika mereka sibuk mencari CINTA, biarlah kita sibuk mencari IMAN. Jika mereka sibuk mencari PASANGAN, biarlah kita sibuk mencari KERDHAAN ALLAH. Jika mereka menangis kerana KECEWA BERCINTA, biarlah kita menangis mengenang DOSA-DOSA SEMALAM. Jika mereka lebih cintakan MANUSIA, biarlah kita lebih cintakan ALLAH... J

10 Reasons To Never Give Up


1. As long as you are alive, anything is possible.
The only valid excuse you have to give up is if you are dead. As long as you are alive (and healthy and free) you have the choice to keep trying until you finally succeed.
2. Be realistic.
The chance of mastering something the first time you do it is almost non-existent. Everything takes time to learn and you will make mistakes. Learn from them.
3. You are strong.
You are stronger than you think. One little setback is not enough to stop you from achieving your goals. Neither are 10 or 100 or 1000 setbacks.
4. Prove yourself.
You don’t want to be known as someone that is weak and gives up. Go out there and prove yourself to the world and to yourself. You CAN and WILL achieve what you set out to do. The only time you fail is when you give up.
5. Believe in your dreams.
Don’t sell yourself short. In life there are going to be many people who will try to bring you down and tell you what you want to achieve is not possible.
6. Your family and friends.
Let the people you love and who mean the world to you be your inspiration to persist and persevere. Maybe you need to try a different angle, study more or practice more but don’t give up!
7. There are people worse-off.
Right now there are many people who are in a worse situation and environment than you are. Are you thinking about giving up running 5 miles a week? Think about the people who are unable to even walk and how much they would give to be able to run 5 miles every day.
8. You deserve to be happy.
Don’t ever let anybody tell you otherwise. You deserve to be happy and you deserve to have success. Keep that mindset and never give up until you reach your destination!
9. Inspire others.
Be an inspiration to others by refusing to give up. Who knows what someone else can achieve because you never gave up and in turn inspired them not to give up.
10. You are so close.
Often when you feel like you want to give up you are so close to making a huge breakthrough. You are just a heartbeat away from success.

Aku Mohon RedhaMu


Ya Allah,jika urusan ini baik bagiku pada agama,kehidupan & kesudahan urusanku samaada cepat atau lambat,takdirkanlah ia bagiku & permudahkanlah serta berkatilah bagiku padanya.Dan jika urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agama,kehidupan & kesudahan urusanku samaada cepat atau lambat,maka jauhkanlah aku daripadanya & takdirkanlah kebaikan untukku dalam apa saja keadaan kemudian redhailah aku dengannya.

Sentuhan antara Muslimah

p/s : Dakwah itu sebenarnya memperbaiki diri kerana telinga insan yang berkata itu lebih hampir dari yang dijumpanya.

Walau Tiada Yang Sudi Mendengar


Kalau tiada orang yang mahu mendengar kalam bicara dakwahmu, teruskan juga menyampaikan kerana seluruh alam memahaminya. Malah seluruh alam gembira mendengar dan menyahut kalam-kalam yang mengagungkan Allah.
 p/s : insyaAllah J

Trying to Improve Myself


كَبُرَ مَقْتًا عِندَ ٱللَّهِ أَن تَقُولُوا۟ مَا لَا تَفْعَلُونَ
“Great is hatred in the sight of Allah that you say what you do not do.” (as-Saff/3)
p/s : Practice what you preach and apply what you teach. Allah dislikes actions contradicting speech.


Ampunkan Aku Ya Allah


Doa Rasulullah
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak kabulkan.”

Beringat-ingat


p/s : Malulah kepada Allah jika rasa mahu berbuat dosa.

beautiful and Mysterious


Am I the only one who thinks face veils make (probably ordinary) women look way more beautiful and mysterious? The eyes are the most important part of the face and usually are the best looking feature (unless you’re blessed with gorgeous lips and a perfect nose), so covering everything else up amplifies the beauty of the eyes.

You are Perfect



Dear girls, You are perfect. Stop wishing you looked like someone else or wishing people liked you as much as they like someone else. Stop hating your body, your face, your personality. Love them. Without those things you wouldn't be you and why would you want to be anyone else? Be confident with who you are. If anyone hates on you for being yourself just stick your middle finger in the air and say screw you.

Friday 8 July 2011

Kecantikan Wanita



Allah berfirman: “Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”
“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima…

Seeking Knowledge


p/s : Because Ignorance is not an excuse.

what a long journey to go


A: I'm really alone.
B: Why?
A: People doesn't like me. Whenever i'm happy, they doesn't like it. They seems to be happy when i'm moody.
B: No, you are not.
A: But why?
B: Cause you have Allah for 24 hours a day, who wouldn't stop to love you as long as you follow HIS WILL. You have the Prophet Muhammad SAW, who always love you, ever you are not being born yet. Lastly, you have a very huge family, which is us (your brothers in Islam). So, there's no need to be sad anymore 

Oh dunia

Kalau kita terpesona dengan nikmat dunia, yang bersifat sementara, kita akan kehilangan nikmat akhirat yang kekal selama-lamanya. Terimalah sedikit kesusahan di dunia yang sementara, dalam menegakkan kebenaran, untuk terlepas daripada kesusahan akhirat, yang berkekalan.


Peace Be Upon Him

Strategi Khatam Al-Quran


p/s : insyaAllah...mari amalkan...kuatkan semangat syanana!