Friday, 23 September 2011

Besarnya Dosa Jika Berkecil Hati

“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”
I’m so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.
Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ook...
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili
So, the conclusion is... Jangan mudah terasa hati...
Maknanya kita tak redha dengan Allah...
Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na’uzubillah.
P/s: "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu... Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."
Sumber : copypaste

Tuesday, 13 September 2011

Hal-hal yang berkaitan dengan niat puasa


1. Seseorang tidak harus menuturkan niat puasa dengan lisannya seperti dengan mengatakan, "Besok saya akan berpuasa." Cukup saja ia bermaksud puasa (dalam hatinya) untuk melaksanakan perintah Allah SWT dan tidak akan melakukan hal-hal yang akan membatalkannya, sejak terbit fajar hingga terbenam matahari. Tetapi untuk meyakinkan bahwa sepanjang hari itu ia berpuasa, hendaklah ia menahan diri dari hal-hal yang dapat membatalkannya sejak dari sesaat menjelang subuh hingga sesaat menjelang maghrib.
2. Jika seseorang hendak berpuasa selain puasa Ramadhan, hendaklah (dalam niatnya) ia menentukan jenis puasanya, seperti "saya hendak puasa qadha atau nazar." Tetapi pada bulan Ramadhan seseorang tidak wajib menyebutkan puasa Ramadhan (dalam niatnya). Bahkan bila ia tidak tahu atau lupa bahwa saat itu adalah bulan Ramadhan, kemudian ia berniat puasa yang lain, puasanya tetap dihitung sebagai puasa Ramadhan.
3. Apabila seseorang berniat puasa untuk hari pertama Ramadhan, lalu ia tahu bahwa hari tersebut adalah hari kedua atau ketiga misalnya, puasanya tetap sah.
4. Jika pada bulan Ramadhan seseorang berniat puasa sebelum masuk waktu subuh, lalu ia tidur dan bangun kembali ketika waktu sudah maghrib, maka puasanya sah.
5. Seseorang tidak diwajibkan berpuasa pada hari syak (yaitu hari yang meragukan apakah hari terakhir Sya'ban atau awal Ramadhan).
6. Pada puasa wajib (seperti puasa Ramadhan), jika seseorang berpaling dari niatnya semula, maka puasanya batal. Tetapi bila ia berniat melakukan suatu perbuatan yang dapat membatalkan puasa tersebut, kemudian ia tidak jadi melakukannya, maka puasanya tidak batal.
Sumber : (Taudih al-Masail, masalah 1570).

Makan Ketika Lapar, Berhenti Sebelum Kenyang

“Barangsiapa yang kenyang maka ia akan mudah ditimpa 6 penyakit: hilangnya rasa nikmat dalam bermunajat, tidak mampu memetik hikmah, lenyap rasa kasih sayang, kerana ia mengira bahawa semua makhluk kenyang sepertinya, malas beribadah dan menguatnya dorongan nafsu syahwat. Orang-orang mukmin akan mengelilingi masjid-masjid, sedangkan orang-orang yang kenyang akan mengelilingi tempat buangan kotorannya.”
—
Ihya ‘Ulumuddin

Thursday, 8 September 2011

Muslimah Yang Suci

Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…
Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya
Di mana Allah untuk menjaga kita
Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita
Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…
Mengapa masih ragu-ragu?
Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…

He Is

When you are the neediest. He is the most sufficient.
When you are completely helpless. He is the most helpful.
When you feel totally dependent. He is absolutely dependable.
When you are the weakest. He is the most able.
When you are the most alone. He is intimatele present.
When you feel you are the least. He is the greatest!
When you feel you are the most useless. He is preparing you.
When it is darkest. He is the only Light you need.
When you feel the least secure. He is your Rock and Fortress.
When you are the most humble. He is most gracious.
When you say that you cannot. Remember that He can!

Sunday, 4 September 2011

Kerana Sahabat Masuk Ke Syurga


Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti Allah memerintahkan dua orang hamba hadir mengadapNya. Seorang adalah hamba yang taat kepada perintah Allah dan seorang lagi hamba yang derhaka kepada Allah. Kedua-duanya mati dalam keadaan beriman. Lalu Allah menyuruh malaikat Ridhwan membawa orang yang taat itu ke syurga dan memuliakannya dengan
firman Allah, “Aku merelakan dia”.
Kemudian Allah memerintahkan kepada malaikat Zabaniyah membawa yang seorang lagi ke neraka dan Allah memerintahkannya disiksa dengan siksaan yang amat pedih. Firman Allah, “Sesungguhnya orang ini adalah peminum arak”.
Orang yang taat kepada Allah sangat gembira kerana dia telah dapat masuk ke syurga dengan rahmat Allah. Apabila orang itu hendak menjejakkan kakinya ke pintu syurga maka dia mendengar suara sahabatnya yang diheret ke neraka itu berkata, “Wahai sahabatku, wahai temanku, kasihanilah aku dan berikanlah aku pertolongan”.
Apabila orang itu mendengar rayuan sahabatnya, maka dia tidak mahu masuk ke dalam syurga. Malaikat Ridhwan berkata kepadanya, “Masuklah ke syurga dengan rahmat Allah”. Orang itu berkata, “Aku tak mahu masuk ke syurga, bawalah aku ke neraka”. Malaikat Ridhwan menjawab, “Aku tak dapat membawa kamu ke neraka sebab Allah telah memerintahkan aku membawa kamu ke syurga dan melayani kamu”.
Orang itu tetap berdegil dan berkata, “Aku tak mahu masuk ke syurga dan tak mahu juga layananmu”. Setelah itu kedengaran suara yang berkata, “Wahai Ridhwan, Aku maha mengetahui apa-apa yang ada di dalam hatinya, namun demikian tanyalah kepadanya sendiri dan kamu akan mengetahui sebabnya”. Lalu malaikat Ridhwan bertanya, “Kenapakah kamu tidak mahu masuk ke syurga dan mengapakah kamu ingin ke neraka”?
Orang itu menjawab, “Aku tak mahu ke syurga sebab orang yang derhaka kepada Allah itu telah diputuskan masuk ke neraka. Dahulunya aku dan dia bersahabat baik di dunia dan dia telah meminta pertolongan dariku supaya selamatkannya dari api neraka. Oleh kerana aku tiada kuasa untuk berbuat demikian, maka aku fikir lebih baik aku juga masuk ke neraka supaya sama-sama disiksa di dalamnya”.
Kemudian kedengaran seruan Allah yang maha memberi rahmat berfirman, “Wahai hambaKu, kamu dengan kelemahanmu tidak suka melihat sahabatmu itu masuk ke neraka kerana dia telah berkenalan denganmu di dunia hanya sebentar dan dia mengetahuimu dan menemanimu hanya beberapa hari saja. Maka bagaimanakah Aku merelakan kamu masuk ke neraka sedangkan kamu telah mengetahui Aku selama umurmu dan telah menjadikan Aku sebagai tuhanmu selama 70 tahun. Oleh itu pergilah kamu ke dalam syurga bersama sahabatmu itu dan Aku telah mengampuninya dan Aku serahkan dia kepada kamu”.
p/s : Semoga kita semua akan memperolehi sahabat yang boleh
membimbing ke jalan yang benar dan seterusnya menjadi sahabat di dunia dan
di akhirat yang membawa ke pintu syurga..Insyaallah..
p/s : Semoga Allah merestui persahabatan kita =)

Cintakah Itu??

Adakah telapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar kencang dan suara kita tersekat di kerongkong bila melihatnya? Itu bukan Cinta, itu SUKA.
Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata daripadanya? Itu bukan Cinta, itu NAFSU.
Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada di sana? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.
Adakah kita tetap mengatakan kita menyintainya kerana kita tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan Cinta,itu BELAS KASIHAN.
Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hati kita terpikat? Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita telah berhutang budi kepadanya? Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Adakah kita mengatakan kepadanya bahawa setiap hari hanya dia yang kita fikirkan? Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
Adakah kita rela memberikan semua hal yang kita senangi untuk kepentingan dirinya? Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.
TETAPI..adakah kita tetap bertahan kerana di antara kesedihan dan kegembiraan, penderitaan dan kebahagiaan yang membutakan dan sukar untuk difahami walau berjuta penyair mencari maknanya...menarik kita mendekati dan tetap bersamanya? ITULAH CINTA.
Apakah kita menerima kesalahannya kerana itu sebahagian dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kita tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat? ITULAH CINTA.
Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih? ITULAH CINTA.
Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia? ITULAH CINTA.
Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa kita begitu mendalam sehingga menusuk? ITULAH CINTA...


p/s : Aku mencintaimu kerana Allah. aku mohon Allah satukan kita dalam hubungan yang halal dan diredhai olehNya. Amin ya Allah.