Sunday 9 October 2011

HUKUM HUDUD


 1.      Pengertian Hudud;
 (a) Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh.
(b) Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah. 
 Maksudnya;
“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”
 2. Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya
(a) Zina;
 Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan. Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
 (b) Qazaf (menuduh zina);
        Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik. Hukuman : sebat 80 kali
(c)  Minum arak;
       Meminum minuman yang memabukkan  dan  boleh menghilangkan kewarasan akal. Hukuman : sebat 40 kali
 (d)  Mencuri;
       Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
 
      
Hukuman : potong tangan
 (e) Merompak;
      Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.       
Hukuman :
        sekiranya membunuh hendaklah dibunuh
sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong  tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.
sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara

(f) Riddah (murtad);
     Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan. Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )
            # Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @  wang.

Sunday 2 October 2011

Rahsia Surah Al-Kauthsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

sumber : Ceciter ilmu

Friday 30 September 2011

Kau Yang Benama Wanita

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke? -Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik. -Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok. -Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami. -Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. -Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?
8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain. -Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan. -Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis) -Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. -Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.. -Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya. -Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam

Sunday 25 September 2011

10 Tips Mewujudkan keyakinan diri;

01.Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.
02.Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.
03.Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.
04.Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!
05.Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.
06.Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
07.Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!
08.Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
09.Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
10.Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.
sumber : iluvislam.com

Friday 23 September 2011

Sabar Itu Separuh Daripada Iman

Pada Hari Kiamat Seorang lelaki terperanjat besar apabila dihamparkan kepadanya suratan amalnya. Kerana terlalu banyak amal soleh yang tidak pernah dilakukannya tersurat disitu. Manakala sebahagian besar dosanya tidak langsung tercatat. Lalu ia bertanya kepada Malaikat; benarkah ini suratan amal ku? Benar..jawab Malaikat itu tegas. Tapi mengapa begitu banyak amalan soleh yang tidak pernah aku lakukan tercatat di situ manakala amalan jahat ku langsung tidak dicatat?.. Tanya lelaki itu masih kehairanan. Seraya tersenyum manis malaikat itu menjawab; sebenarnya ketika di dunia terlalu ramai orang yang memburuk-burukkanmu di belakangmu, mereka gembira mengumpatmu tanpa pengetahuanmu serta memaki hamun mu sesama mereka. Lalu pada hari ni seluruh amalan baik yang pernah mereka buat diserahkan kepadamu, dan seluruh amalan jahatmu diserahkan kepada mereka. Lelaki itu lalu diiring penuh kehormatan oleh Bidadari Syurga bersimpuh di atas katil2 yang berhias indah...
p/s : sabar dan tabahkan hatimu apabila merasa diri teraniaya. Mohon pada Allah agar dosa kita dan dosa orang yang menganiaya kita itu diampunkan oleh Allah SWT.
sumber : kerana ana sayang anti. 

Tujuh kalimat yang harus dbiasakan.

1.Bismillahirrahmanirrahiim :) 
Setiap hendak melakukan sesuatu.
2.Alhamdulillah :) 
Setiap habis melakukan sesuatu.
3.Astaghfirullah :)
jika melakukan sesuatu yang buruk.
4.Insya Allah :) 
jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang.
5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah :) 
bila tidak bisa melakukan sesuatu yang agak berat/melihat hal yang buruk.
6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun :) 
jika melihat/menghadapi musibah.
7.Lailaha illallah :) 
bacalah siang & malam sebanyak-banyaknya.
Rasulullah bersabda :) 
"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.

Neraka Jahanam

Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
- Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
- Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
- Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
- Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
- Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
- Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
- Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
- Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
- Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
- Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat