Thursday 30 June 2011

Soal Jodoh

1) JODOH DARI SYAITAN 
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. apabila si perempuan tadi mengandung,barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.
2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya. lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.
3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. perempuan tadi menerimanya. mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. bercinta sampai ke syurga..itulah syurga cinta..tanpa berlakunye sebarang bentuk kemaksiatan..

Wanita Terbaik

"Al Khawarizmi, seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik; Dia menjawab: Jika wanita solehah dan beragama = 1 Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10 Jika dia kaya; tambah lagi 0 = 100 ... Dan jika dia dari keluarga baik-baik ; tambah lagi 0 = 1000 Tetapi jika yang "1" tiada...maka...tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0".

Doa Rabiatul Adawiyah

"Ya Allah, sekiranya aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka. Sekiranya aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga, campakkanlah aku dari syurga. Namun sekiranya aku menyembah-Mu semata-mata demi-Mu, janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku."

Wednesday 29 June 2011

Wanita Yang Kedatangan Haid

Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah”. Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.”; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa’ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

Sumber : Blog Peribadi Rasulullah

Allah Melaknat Orang Yang Memuji

Allah S.W.T membenci apabila orang Munafiq memuji.
Pujian membawa kepada 4 kebinasaan:
1.        Berlebihan memuji membawa kepada Dusta atau penipuan.
2.      Memuji di bibir tetapi membenci dihati membawa kepada sifat Munafik.
3.      Memuji tanpa keyakinan atau sebelum mendapat kepastian atau masih meragui perkara tersebut membawa kepada penipuan.
4.     Memuji orang yang melakukan kezaliman membawa kepada orang zalim lebih bersemangat melakukan kezaliman membawa kepada Takabbur.

Sumber : Blog Peribadi Rasulullah

Monday 27 June 2011

Allah Merawat Hatimu

Serahkanlah hatimu yang baik kepada kekasihmu nescaya ia akan menghancurkannya. Dan serahkanlah hatimu yang hancur kepada Allah nescaya Allah akan merawatnya. Sapulah titisan airmata dengan pandangan positif kepada Allah S.W.T. Hapuskan segala kekecewaan dengan membilang segala nikmatNya. Kesedihan akan mengembalikan segala yang telah hilang, kekecewaan akan memperbetulkan kesalahan lalu. Andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, percayalah syurga itu sentiasa menantimu. InsyaAllah J

p/s : Nasihat buat diri dan teman. J


9 Tanda-tanda Taubat Telah Diterima Allah

Petanda taubat seseorang diterima apabila lahir pada diri seseorang itu perasaan:
1-Dia mengetahui dirinya tidak terpelihara dari dosa ( Ma’sum )
2-Dalam hatinya tidak ada kegembiraan sebenar tetapi apa yang ada hanyalah kesedihan.
3- Mesti sentiasa mendekati orang-orang soleh dan menjauhi orang-orang jahat.
4-Dunia ini anugerah yang terlalu sedikit tetapi di Akhirat terlalu banyak anugerah dari Allah.
5-Sentiasa sebut perkara-perkara ketaatan terhadap perintah Allah SWT.
6-Tenang dan yakin dengan janji-janji Allah SWT.
7-Sentiasa memelihara lidah.
8-Sentiasa bertafakkur.
9-Sentiasa sedih  dan sesal di atas perbuatan yang lalu.
Sumber : Blog Peribadi Rasulullah

5 Musibah akan menimpa manusia

1.        Sakit ketika bermusafir atau bersiar-siar.
2.      Miskin pada hari tua.
3.      Ajal dalam usia muda.
4.     Menderita buta ( bukan buta asal ).
5.      Dihina oleh orang ramai ( pada mulanya disanjung-sanjung ).

Sumber : Minhajil abidin . m/s: 463.

4 Perkara Yang Melemahkan Penglihatan


1.        Melihat kepada perkara yang jijik dan kotor.
2.      Memandang salib.
3.      Melihat kemaluan.
4.     Duduk membelakangi Qiblat.


Sumber : Amalan Dan Petua Ulamak Silam. m/s: 66.

Buang 5 Perkara Kamu Akan Berjaya


1-Buang sifat bersendirian dan membuang masa.
2-Kesedihan Dan Kedukaan
3-Meninggi diri dan Takabbur.
4-Ego dan Bermegah.
5-Hasad Dengki Dan Dendam.


Sumber : Blog Peribadi Rasulullah

Melakukan Dosa Lebih Hina Daripada Bersahabat Dengan Syaitan

Abu Yazid Al-Bastomi berkata :
1- Aku ini hamba Allah SWT, kenapa aku mendahulukan kehendakku daripada kehendak Allah SWT.
2- Aku memberi ceramah selama 40 tahun, tidak ada seorang pun yang mahu mendengar ceramahku, kecuali Allah SWT menghendakkinya mahu mendengar ceramah dalam bidang kerohanian.
3-Sesiapa yang dikasihi oleh Allah SWT dia akan diberi penderitaan.
4- Bersama dengan orang-orang soleh itu lebih baik daripada melakukan amal soleh. Bersama dengan syaitan itu lebih hina daripada melakukan perbuatan keji.
5- Jangan bergantung dengan usaha mu tetapi bergantunglah dengan Rahmat Allah SWT.
6- Anggaplah kekuatan hidupmu hanya untuk hari ini, tidak lebih dari itu.
7-  Kasih kepada Allah SWT menyebabkan kamu lupakan dunia ini dan Akhirat.
8- Berpuasa itu mendatangkan Rahmat.
Sumber : Tazkirah Awliya’ . m/s : 75.

Nasihat Bagi Hati

Jangan membuang waktu barang seminit pun untuk memikirkan orang-orang yang tidak kita sukai.

·        Jangan bertengkar dengan orang yang kurang akal, nanti ia akan menyakitkan kamu dan jangan bertengkar dengan orang yang penyantun, nanti dia benci padamu.

Sumber : Mutiara Kata

Sunday 26 June 2011

Qailulah~Tidur Sejenak Sebelum Solat Zohor

Rahsia Qailulah 

Syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.

Sumber : Blog Peribadi Rasulullah

Seri Wajah

4 Perkara Penyeri Wajah
1.        Menjaga maruah.
2.      Menunaikan janji.
3.      Pemurah.
4.     Taqwa iaitu melakukan suruhan agama dan meningggalkan perkara-perkara yang ditegah oleh agama.
Sumber : Amalan Dan Petua Ulamak Silam. m/s : 68.

4 Perkara Menutup Pintu Rezeki



1.        Tidur waktu pagi.
2.      Meninggalkan solat.
3.      Malas.
4.     Tidak beramanah <khianat>.

Sumber : Amalan Dan Petua Ulamak Silam . m/s : 69.

Cinta 5 Perkara Akan Lupa 5 Perkara


1.        Cinta akan dunia akan lupa pada akhirat.
2.      Cinta akan kehidupan akan lupa pada mati.
3.      Cinta pada istana atau rumah akan lupa pada kubur.
4.     Cinta pada harta akan lupa pada hisab atau hitungan Allah.
5.      Cinta pada makhluk akan lupa pada Khalik atau Allah S.W.T.

Sumber : Blog Peribadi Rasulullah

8 Penyakit tidak baik yang lahir dari Perasaan Sakit Hati


1.        Sentiasa berbicara perkara tidak baik dan mencela orang lain.
2.      Bergembira apabila melihat seterunya ditimpa bala atau ujian Allah SWT.
3.      Tidak bertegur dengan seterunya.
4.     Berpaling dari seterunya dan menghina seteru.
5.      Mengumpat dan mengata kepada seterunya  serta membuka rahsia seterunya tanpa keizinan syarak.
6.     Menceritakan kisah seteru dan menghina seterunya.
7.      memalukan  dan menyakiti seterunya.
8.      Menegah dan menghalang orang lain daripada membayar hutang kepada seterunya.
Sumber : Sairus Salikin.m/s : 250, jilid : 3.

Badan Sihat dan Kuat

Kata Imam Shafie:
4 Perkara Menguatkan badan:
1.        Makan Daging.
2.      Menghidu wangi-wangian.
3.      Banyak mandi ( selain mandi hadas besar).
4.     Memakai pakaian yang diperbuat daripada kain kapas.
Sumber : Amalan Dan Petua Ulamak Silam . m/s: 66.

Saturday 25 June 2011

Ciri-ciri Orang Beriman

Rasulullah S.A.W. bersabda : “Barangsiapa yang kebaikannya menyenangkannya dan keburukannya 
menyedihkannya maka dialah orang yang beriman.” <maksud hadis>

Sumber : Hidayah Sebuah Daiges Islam

Friday 24 June 2011

Syair Imam Ahmad

Imam Ahmad mengubah dua bait syair seperti di bawah ini : “Bila engkau pernah merasa sendirian pada suatu saat, maka jangan engkau katakan ‘aku sendirian’, tapi katakanlah ‘aku ada yang mengawasi’. Dan jangan engkau mengira bahawa Allah dapat lengah sesaat, dan janganlah mengira bahawa yang engkau sembunyikan itu tersembunyi pula bagi Allah.”

Sumber : Hidayah Sebuah Daiges Islam

Percakapan Yang Bermanfaat Dimasukkan Ke Dalam Syurga

“Seseorang mengucapkan kata-kata yang diredhai Allah dan kata-kata itu tidak dihiraukan orang, maka dituliskan syurga untuknya. Dan seseorang yang mengucapkan kata-kata yang dimurkai Allah S.W.T. sedang kata-kata itu tidak dihiraukan orang, maka Allah mencampakkannya ke dalam neraka yang lebih jauh dari jarak antara langit dan bumi.” <maksud hadis>

Sumber : Hidayah Sebuah Daiges Islam

Thursday 23 June 2011

Golongan ‘Wali Allah’

Rasulullah S.A.W. bersabda : “Allah menyukai orang-orang yang menyembunyikan diri, bertakwa dan selalu berbuat baik. Apabila mereka menghilang, mereka tidak akan dicari-cari dan bila mereka ada mereka tidak dipanggil. Hati-hati mereka merupakan pelita petunjuk. Mereka keluar dari segala macam fitnah yang kelam lagi gelap gelita. “Maka mereka itulah para ‘wali Allah’ yang telah dikatakan oleh Allah, “Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan Allah itulah yang beruntung.”

Sumber : Hidayah Sebuah Daiges Islam

Hidup Hanya Tiga Hari Saja

Seorang ulama salaf menyatakan : “Wahai anak Adam, hidupmu hanya tiga hari saja : Hari kelmarin yang telah berlalu, hari esok yang belum datang, dan hari ini dimana anda harus bertakwa kepada Allah!”

Sumber : Hidayah Sebuah Daiges Islam

Pilihlah Teman Yang Berani Menegurmu



Ja’afar bin Muhammad berpesan kepada anaknya : “ Wahai anakku, siapa diantara teman-temanmu yang marah kepadamu sebanyak tiga kali, dan yang dikatakannya adalah kebenaran, maka jadikanlah ia teman.”

Sumber : Hidayah Sebuah Daiges Islam

Sebuah Nasihat Dari Abu Bakar



Abu Bakar As-Siddiq r.a. berkata : “Carilah kematian, nescaya kalian akan diberi kehidupan.”

Sumber : Hidayah Sebuah Daiges Islam

Peluh Manusia Di Hari Kiamat

Dari Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W. bersabda : “Di hari kiamat nanti peluh manusia akan meleleh hingga sampai ke paras telinga.”

Dalam hadis lain : “Sambil berdiri, mata mereka memandang ke langit selama empat puluh tahun dan mereka sangat sedih, peluh menggenangi mereka.”

Sumber : Hidayah Sebuah Daiges Islam

Rezeki Telah Ditetapkan Di Luh Mahfuz

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda kepada seorang pengemis : “Ambillah yang kau pinta. Sebab, walaupun engkau tidak datang ke sini, <barangan> itu akan datang kepadamu. Kerana, hal itu telah ditulis pada Luh Mahfuz. Mengapa engkau mesti meminta-minta, hanya membuat kamu malukan diri sendiri. Tidak kau minta pun dianya akan datang kepadamu.”

Sumber : Hidayah Sebuah Daiges Islam

Wednesday 22 June 2011

Mengusir Syaitan Dengan Berzikir

“Usirlah syaitan dengan berzikir kepada Allah S.W.T. Janganlah merasa payah dan lelah dalam berzikir kepada Allah. Sebab, berzikir jika timbul dari kemahuan sendiri terasa ringan dan mudah. Kerana syaitan sendiri seperti difirmankan Allah : “Sesungguhnya syaitan itu tidak dapat menguasai orang-orang beriman dan bertawakal kepada Allah.” <Imam Ghazali>

Sumber : Hidayah Sebuah Daiges Islam

Allah Mencintai Orang-orang Yang Sabar

Firman Allah Ta’ala : “Allah mencintai orang-orang yang sabar. Tiada ucapan mereka selain doa. ‘Ya tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan –tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam persoalan kami, dan tolonglah kami atas kaum yang kafir.’ Maka Allah memberi mereka pahala di dunia” berupa pertolongan dan kesudahan yang baik, ‘serta kebaikan pahala akhirat.” Yakni pahala dunia mereka ditambahkan kepada pahala akhirat. “Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan.”

Sumber : Hidayah Sebuah Daiges Islam

Tuesday 21 June 2011

Manfaatnya Sifat Sabar





Sikap sabar mendatangkan empat manfaat :
1.        Bersabar menjalankan ketaatan
2.      Sabar menahan diri dari perbuatan maksiat
3.      Bersabar menahan diri dari godaan dunia
4.     Bersabar menghadapi cubaan dan musibah

Sumber : Hidayah Sebuah Daiges Islam

Rahmat Allah S.W.T.

Rasulullah S.A.W. dalam sebuah hadisnya bersabda : “Bahawa Allah S.W.T. mempunyai seratus rahmat. Satu peratus dari keseluruhan rahmat itu dibahagikan kepada jin dan manusia serta binatang. Dengan nikmat satu peratus itu mereka saling sayang-menyayangi. Sedangkan rahmat yang sembilan puluh sembilan <99> peratus disimpan Allah untuk guna diberi kepada hamba-hambanya pada hari kiamat.”

Sumber : Hidayah Sebuah Daiges Islam

Monday 20 June 2011

Manusia Istidraj

Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya.

Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku.”

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api. 
Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt. 
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia. 

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang telinganya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga. 
Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang dan mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? 
Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.


Sumber : Ustaz Yazid Jaafar-ISTIDRAJ <nikmat yang tidak diredhai Allah>