Thursday 9 June 2011

Jerawat?? Ohh no!!


Dosa Punca Jerawat?
Ada yang mengatakan jerawat yang ada di muka kita melambangkan dosa yang kita buat, kalau banyak jerawat tu, maknanya banyaklah dosa orang tu.
Biar betul???
Masalah jerawat tiada kaitan dengan dosa atau pahala seseorang. Oleh itu, anda tidak perlu berasa gusar dan tertekan. Teruskan usaha beribadah dan menjalankan perintah Allah S.W.T.

Tujuh sebab jerawat tumbuh yang perlu kita ketahui:-

1. Hormon
Jika jerawat muncul bulanan dan berkala, kemungkinan besar disebabkan oleh hormon. Fluktuasi level 
hormon selama siklus menstruasi, adalah pemicu timbulnya jerawat.

2. Stres
Saat anda stres, jangan hairan kalau jerawat akan tumbuh dalam jumlah banyak. Faktanya, saat dalam 
tekanan psikologis, tubuh akan memproduksi lebih banyak hormon androgenik pemicu tumbuhnya jerawat.

3. Telefon
Apakah Anda termasuk miss ‘ring-ring’? Telefon selular termasuk barang yang kotor dan terkontaminasi banyak bakteria. Sering menggunakan telefon dalam waktu lama dapat membuat iritasi pada kulit pipi. Efeknya, jerawat mudah tumbuh kerana bakteria menempel di pipi.

4. Krim pelembab
Pastikan krim yang Anda gunakan sehari-hari sesuai untuk jenis kulit. Menggunakan krim pelembab yang tidak sesuai dengan jenis kulit potensial memicu timbulnya jerawat dan peradangan kulit.

5. Matahari
Sinar matahari membuat kulit menebal. Penebalan ini menyebabkan penyumbatan pori-pori dan pembentukan jerawat.

6. Kosmetik berpigmen tinggi
Kosmetik yang mengandung pigmen warna tinggi juga bisa menyumbat pori-pori dan menimbulkan jerawat. Cubalah untuk menggunakan kosmetik dekoratif mineral, karena kandungan pigmennya tidak terlalu tinggi.

7. Sabun wajah
Sabun wajah tentu berfungsi untuk membersihkan kotoran dari wajah. Tetapi pada beberapa sabun wajah, kandungan pembersihnya justeru menyangkut di pori-pori dan menimbulkan penyumbatan yang pada akhirnya memicu tumbuhnya jerawat.

Dekat bahagian mana pula jerawat selalu tumbuh? Kenapa jerawat tumbuh kat bahagian situ? Punca jerawat yang memicu di bahagian tertentu.

DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih dan masalah stress. 
Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yang cukup dan minum banyak air.

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sistem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi.

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah 
mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti pyramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan atau mengelak jerawat :
1. Ambil wudu' sebelum tidur.
2. Pastikan diri berwudu' sepanjang masa.
3. Elakkan diri daripada tekanan.
4. Pastikan anda mempunyai rehat dan tidur yang cukup.
5. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku kerana ia akan menyebabkan jerawat menjadi bengkak, merah dan berparut (radang).
6. Berdisiplin dalam menggunakan pencuci muka dan ubat.
7. Pastikan pencuci muka anda betul-betul sesuai dengan kulit muka.
8. Pastikan tangan anda sentiasa bersih kerana jika tangan kotor (mempunyai bakteria), maka ia akan memindahkan bakteria ke muka apabila anda menyentuh muka.
9. Pastikan kain pengelap muka anda sentiasa bersih dan lembut.
10. Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.
11. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.
12. Elakkan dari membuat atau memikirkan perkara-perkara yang boleh menaikkan ghairah nafsu.
13. Pastikan muka anda benar-benar bersih selepas memakai mekap.

Petua-petui menghilangkan jerawat . <mesti baca>
1. Rajin melakukan ibadah puasa setiap hari isnin dan khamis..insyaAllah..<banyak khasiat puasa ni sebenarnya>.
2. Cairan bawang putih diletakkan pada jerawat yang baru ingin tumbuh. Hati-hati jangan sampai terkena mata ya! <petua saya>
3. Menggunakan sabun buku protex yang dikhaskan untuk membasuh muka sahaja. Kulit orang lelaki tidak sama dengan yang perempuan. Jadi, carilah pencuci muka yang sesuai. Harap maklum. <petua abang saya>
4. . Jika jerawat pecah, picit jerawat sehingga nanah habis keluar. Jika tidak,kemungkinan besar, jerawat akan tumbuh semula pada tempat yang sama. <petua mama saya>
 5 Bancuh sesudu susu tepung dengan sedikit air. Tepek pada keseluruhan muka setiap malam. Setelah kering, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari.<petua moyang>

Islam menganjurkan kita sentiasa menjaga kesihatan diri. Benar pada usia yang meningkat remaja perubahan hormon adalah sangat ketara.  Percaya diri anda dan hapuskan jerawat segera!
Sekian, selamat beramal. J
Sumber : Bernama.



No comments:

Post a Comment