Thursday 16 June 2011

Larangan Menyatakan “KALAULAH BEGINI...”

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : “ Bagi setiap umat itu ada majusinya. Dan majusi umatku ialah yang mengatakan ‘tidak ada takdir’ <muktazilah>. Bila mereka sakit, janganlah kalian menengok mereka. Jika mati maka janganlah kalian menziarahi mereka.”

Dalam sebuah hadis sahih menyebut : Minta tolonglah kepada Allah dan janganlah merasa payah. Bila suatu perkara menimpamu, maka katakanlah, “ Allah telah mentakdirkan. Dan apa sahaja yang Dia kehendaki, terjadilah. ‘Dan janganlah kamu mengatakan, ‘ kalau aku melakukan ini, tentulah akan seperti ini.’ Kerana mengatakan kata ‘Kalau saja’ akan membuka usaha syaitan.”

Dalam sebuah hadis lain menyebut Rasulullah S.A.W bersabda : “ Allah telah mencatat takdir-takdir semua makhluk 50,000 tahun sebelum langit dan bumi diciptakan. Ditambahkan oleh Ibnu Wahab, ‘ Dan adalah ArasyNya terdapat di atas air.”

Sumber : Hidayah Sebuah Daiges Islam

No comments:

Post a Comment