Sunday 12 June 2011

David Copperfield


Saya pernah melihat seorang tukang sihir Amerika bernama David Copperfield dalam suatu rancangan tv, dan dia boleh melakukan begini dan begitu.

Seakan-akan mengerti apa yang saya maksudkan, jin Islam sahabat saya itu kemudian menunjukkan ke arah tv lalu berkata, “Apakah pemuda ini yang kau lihat dan dia boleh bebas dari berbagai trik serta melayang di udara?”

“Ya, ya..dialah orangnya,” jawab saya.

Orang ini sangat dikenali dalam kalangan para jin. Dia mempunyai perjanjian dengan seorang Ifrit. Ifrit mempunyai pasukan yang ribuan jumlahnya. Mereka itulah yang mengangkat Copperfield agar dia boleh melayang sedikit di udara, diperlukan ribuan jin untuk mengangkatnya. Sedangkan gadis yang dipotongnya dalam peti itu, adalah jin perempuan yang menampakkan diri dalam wujud seorang gadis manusia. Dia menghilang, kemudian memperlihatkan dirinya kembali tanpa luka sedikit pun.

“Apakah pasti Copperfield menandatangani perjanjian seperti itu?” sambil menunjukkan selembar surat perjanjian lain, saya bertanya kepadanya.


Dengan terkejut dia menjawab, “dari manakah kau dapatkan ini?”

Seorang Muslim telah menyalinnya daripada orang Barat. Dia mengatakan bahawa ini adalah perjanjian antara Iblis sendiri dengan seorang tukang sihir.

Dengan suara keras jin sahabat saya itu mengatakan, “bukan! Ini bohong belaka. Ini bukan tanda tangan dan cop Iblis. Sangat sulit meminta Iblis untuk bersedia menandatangani sendiri perjanjian seperti ini dengan manusia. Paling-paling dia menyuruh salah satu pengikutnya untuk menampakkan diri sebagai dirinya, lalu membuat kebohongan dengan mengatakan, “aku ini Iblis”.

Lalu bagaimana yang sebenarnya?

Ini perjanjian otentik antara seorang penyihir dengan empat jin yang tandatangan mereka tertera jelas disini, yang kemudian diperkuat oleh cop Ifrit.

Bagaimana pendapatmu tentang ini?

Aku sering melihat cop seperti ini. Datukku juga ada yang semacam ini.

Bahasa apa yang digunakan dalam perjanjian ini?

Entahlah, mungkin bahasa tempatan Yunani Kuno.

Seakan-akan teringat sesuatu, kemudian dia mengatakan kepada saya, “akan tetapi percayalah kepadaku, bahawa penyihir seperti ini sama sekali tidak akan mati secara baik-baik. Kalau Allah memanjangkan usia kita, insyaAllah kita dapat menyaksikan akhir dari semua misteri ini.”  

Sumber : Buku Pengalaman Rohaniyah Muhammad Isa Dawud-Dialog Dengan Jin Islam.

No comments:

Post a Comment