Monday 13 June 2011

Perawan Suci Maria

 Kebohongan tentang munculnya Perawan Suci Maria.

Akan kukatakan kepadamu, semata-mata kerana Allah, bahawa kebohongan seperti itu berkembang dalam kalangan orang-orang Kristian Mesir yang meyakini kemunculan Perawan Suci Maria, yang boleh mengubati orang-orang sakit. Aku bersumpah dengan nama Allah Yang Maha Agung, dan sekali lagi, aku bersumpah dengan nama Allah Yang Maha Agung, bahawa yang menampakkan diri sebagai Bunda Maria atau orang-orang suci itu adalah jin atau syaitan yang mengerti tentang ilmu kedoktoran. Bukti bagi benarnya ucapanku ini adalah, aku cabar mereka untuk menghadirkan arwah-arwah tersebut di depan seorang Muslim yang soleh dan kuat imannya. Aku jamin dia akan dapat menangkap mereka dengan ayat Kursi saat mereka menampakkan diri, atau mengusir mereka kalau mereka mencuba bermain-main dengannya. Tukang-tukang bohong itu pasti akan lari lintang pukang.

Tetapi bagaimana dengan pengubatan bedah yang berhasil mereka lakukan.

Yang demikian itu, adalah mudah sekali bagi para jin doktor. Kami mempunyai jin-jin doktor yang lebih hebat daripada doktor-doktor kamu. Mereka tersebar di seluruh penjuru yang dihuni oleh jin. Mereka berkepentingan dengan penyebaran agama Kristian yang, Alhamdulillah, sudah kutinggalkan, dan Allah memberi petunjuk kepadaku dengan masuk Islam.

Sambil tersenyum dia mengatakan pula, “ aku ingin mengatakan sesuatu kepadamu, bahawa di India para jin mempunyai api yang disebut dengan Api Suci. Ke sanalah para pemuda penyembah lembu pergi untuk kemudian bunuh diri dengan maksud membebaskan diri mereka dari kehidupan yang kotor. Sesudah beberapa saat tampillah syaitan, yakni syaitan yang sudah menjasadkan diri dalam tubuh pemuda yang terjun ke dalam api itu, dan mengatakan, “aku berada dalam kenikmatan dan kebahagiaan!”. Dia terus menerus melancarkan kebohongan seperti itu, dalam darjat yang menyebabkan pemuda-pemuda India tidak takut sama sekali untuk terjun ke dalam api itu.”


Sumber : Buku Pengalaman Rohaniyah Muhammad Isa Dawud-Dialog Dengan Jin Islam.

No comments:

Post a Comment