Monday 27 June 2011

Melakukan Dosa Lebih Hina Daripada Bersahabat Dengan Syaitan

Abu Yazid Al-Bastomi berkata :
1- Aku ini hamba Allah SWT, kenapa aku mendahulukan kehendakku daripada kehendak Allah SWT.
2- Aku memberi ceramah selama 40 tahun, tidak ada seorang pun yang mahu mendengar ceramahku, kecuali Allah SWT menghendakkinya mahu mendengar ceramah dalam bidang kerohanian.
3-Sesiapa yang dikasihi oleh Allah SWT dia akan diberi penderitaan.
4- Bersama dengan orang-orang soleh itu lebih baik daripada melakukan amal soleh. Bersama dengan syaitan itu lebih hina daripada melakukan perbuatan keji.
5- Jangan bergantung dengan usaha mu tetapi bergantunglah dengan Rahmat Allah SWT.
6- Anggaplah kekuatan hidupmu hanya untuk hari ini, tidak lebih dari itu.
7-  Kasih kepada Allah SWT menyebabkan kamu lupakan dunia ini dan Akhirat.
8- Berpuasa itu mendatangkan Rahmat.
Sumber : Tazkirah Awliya’ . m/s : 75.

No comments:

Post a Comment