Sunday 19 June 2011

Istidraj

Apa itu istidraj?

Istidraj didefinisikan sebagai anugerah atau rezeki yang dilimpahkan Allah kepada mereka yang berbuat maksiat.  Pemberian seperti itu akan berakhir dengan penderitaan. Kalaupun penderitaan itu tidak dirasakan di dunia, pasti di dapatkan di akhirat.  Kerana setiap kemaksiatan pasti di balas, jika tidak bertaubat.

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Apabila kamu melihat Allah memberi seorang hamba apa yang diinginkannya, padahal hamba itu selalu berbuat maksiat, maka sesungguhnya itu adalah istidraj dari Allah untuknya”. (HR. Ahmad dan Thabrani, dalam kitab as-Syu’ab).

“Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka.  Sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa dengan sekonyong-konyong, maka seketika itu mareka terdiam berputus asa. Maka orang-orang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam”. (QS. al-An’am:  44-45).

Mari bersama-sama kita menjauhkan diri dari maksiat, sehingga rezeki yang kita terima tidak termasuk dalam istidraj.

p/s : atas permintaan ukhti disayangi, Khairah Nazurah A Karim J

No comments:

Post a Comment