Monday 22 August 2011

Andai Cinta Ingin Diberi, Berilah Pada Yang Layak Bergelar Suami

1.Kuat agamanya. Walau sibuk macam mana pun,dia tetap memelihara solat fardhu. Mampu menjadi imam untukku dan untuk anak-anakku. Mampu untuk membimbingku ke jalan yang diredhai Allah.
2.Mempunyai akhlak yang baik.Percakapannya yang lembut mampu menyejukkan hati aku yang
sedang marah. Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak ansur. Sopan tutur kata dan
mempunyai hati yang mulia. Mempunyai rasa hormat kepada warga tua.
3.Menghormati ibu bapaku. Dia harus faham biarpun ketaatan seorang isteri selepas berkahwin
hanyalah hak mutlak suami tetapi aku mohon untuk membalas jasa budi ibu bapaku yang telah
mendidikku sejak dari kecil. Izinkan aku menjaga ibu bapaku walau dalam apa jua keadaan pun. 
4.Tegas mempertahankan maruah. Dia tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang menjatuhkan
maruahnya sebagai seorang Islam.
5. Amanah dan tidak boros. Dia tidak pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja. Dia
bukanlah seorang yang kedekut tetapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6.Menundukkan pandangan mata ketika melihat perempuan.
7.Mempunyai pergaulan yang terbatas dengan perempuan. Aku tidak kisah dia mempunyai
kawan lelaki dan kawan perempuan tetapi aku tidak mahu dia menjadi fitnah orang.
8.Bertanggungjawab. Dia hendaklah seorang yang mementingkan ibu bapanya. Yang sentiasa
menjenguk ibu bapanya. Yang sentiasa mengambil berat akan ibu bapanya.
9.Mempunyai wajah yang tenang. Wajahnya tenang setenang waktu dia bercakap dan
bertindak.
10.Jujur & berterus terang.

p/s : Ya Allah, kurniakanlah aku seorang suami yang mampu membimbingku ke jalanMu.

No comments:

Post a Comment