Tuesday 30 August 2011

Petua Tidur Rasulullah S.A.W

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
p/s : Tidak mengapa jika seseorang tidur dan kakinya menghadap kiblat. Bahkan para fuqoha’ rohimahumulloh berkata : orang sakit yang tidak mampu berdiri dan tidak mampu duduk sholat sambil miring menghadap kiblat, dan jika tidak mampu juga maka ia sholat terlentang dan kedua kakinya menghadap kiblat.
Fatawa Ibnu Utsaimin 2/976
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai
mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah - Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali Allahuakbar 33 kali.
4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh
badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca Bismillahirrahmanirrahim 21
kali. Barangsiapa membaca Bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya
terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan
kebakaran, dan daripada kematian terkejut.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia
bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita, dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
p/s : sekadar perkongsian.
sumber : Al Tazkirah.

No comments:

Post a Comment