Wednesday 31 August 2011

Tujuh Macam Pahala Yang Dapat Dinikmati Selepas Mati

Dari Anas r.a berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang akan diterima oleh seseorang itu selepas matinya ialah :
1. “Sesiapa yang mendirikan masjid, maka tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai, selagi ada orang yang menggunakannya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf, dia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang mengali perigi, selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman, selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna, selama dia amalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh, yang mana dirinya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya, yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Quran, maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya
Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Apabila telah mati
anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam”:
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan baginya.


No comments:

Post a Comment