Wednesday 17 August 2011

Hukum Tabarruj atau Berhias Berlebihan Bagi Perempuan

1. Bulu kening-Menurut Bukhari,
-“Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening
atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki)
-”Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya)
agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan
mengikut hentakan kaki.
3. Wangian
-”Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu
kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap
melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.”
(Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).
4. Dada
-”Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dadadada
mereka. ” (An-Nur : 31)
5. Gigi
-’Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya
dikikirkan giginya.’ (Riwayat At-Thabrani)-”Dilaknat perempuan yang
menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan
Allah”(Riwayat Bukhari dan Muslim).
6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang
tipis. Sabda Rasullulah: ‘Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah
berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan
tangan dan wajah saja.” (Riwayat Muslim dan Bukhari).
7. Tangan
-”Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”(Riwayat At
Tabrani dan Baihaqi).
8. Mata
-”Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan
sebahagian dari pandangannya.” (An Nur : 31).-Sabda Nabi SAW, “Jangan
sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh
pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” (Riwayat
Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).
9. Mulut (suara)
-”Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga
berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan yang baik.”( Al Ahzab: 32).-Sabda Rasulullah saw,
“Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan
dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan
penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.”
(Riwayat Ibn Majah).
10. Kemaluan
-”Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. “(An Nur :
31).-”Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia
ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” (Riwayat Al
Bazzar).-”Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di
rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan
Allah.” (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).
11. Pakaian
-”Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan
memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud,
An Nasaii dan Ibn Majah).-”Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah
perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada
maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan
masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan
berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.-”Hai nabi-nabi katakanlah
kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin,
hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu
supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Ahzab : 59).
12. Rambut
-”Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia
tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan
mahramnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
p/s : Hargailah Sifat Maha Pemurah Allah SWT yang telah mempermudahkan wanita
untuk memasuki Syurga Allah SWT.

No comments:

Post a Comment