Tuesday 23 August 2011

Tanda-tanda Hati Keras

apabila malas beraja dihati

Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah
tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk,
maka akan buruk pula tenteranya".
Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang
terpenting adalah seperti berikut:
1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutamanya malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang
ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan
enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat.
Allah telah menyifatkan kaum munafik dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan
mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula)
menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-
Taubah, ayat 54)
2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah,
hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Mereka juga lalai daripada membaca al-
Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya.
Sedangkan Allah S.W.T memberikan peringatan, "Maka beri peringatanlah dengan
al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)
3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu
ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia
hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang
dengki, ego, individualistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.
4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak
marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang
makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

p/s : Ambil la ianya sebagai peringatan. Moga kita tidak termasuk dalam golongan yang
keras hati ini.

No comments:

Post a Comment