Sunday 4 September 2011

Cintakah Itu??

Adakah telapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar kencang dan suara kita tersekat di kerongkong bila melihatnya? Itu bukan Cinta, itu SUKA.
Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata daripadanya? Itu bukan Cinta, itu NAFSU.
Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada di sana? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.
Adakah kita tetap mengatakan kita menyintainya kerana kita tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan Cinta,itu BELAS KASIHAN.
Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hati kita terpikat? Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita telah berhutang budi kepadanya? Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Adakah kita mengatakan kepadanya bahawa setiap hari hanya dia yang kita fikirkan? Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
Adakah kita rela memberikan semua hal yang kita senangi untuk kepentingan dirinya? Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.
TETAPI..adakah kita tetap bertahan kerana di antara kesedihan dan kegembiraan, penderitaan dan kebahagiaan yang membutakan dan sukar untuk difahami walau berjuta penyair mencari maknanya...menarik kita mendekati dan tetap bersamanya? ITULAH CINTA.
Apakah kita menerima kesalahannya kerana itu sebahagian dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kita tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat? ITULAH CINTA.
Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih? ITULAH CINTA.
Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia? ITULAH CINTA.
Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa kita begitu mendalam sehingga menusuk? ITULAH CINTA...


p/s : Aku mencintaimu kerana Allah. aku mohon Allah satukan kita dalam hubungan yang halal dan diredhai olehNya. Amin ya Allah.


No comments:

Post a Comment